Title Page
-
Site
-
Conducted on
-
Auditee
-
Prepared by
-
Location
Komiti Halal
-
1. Komiti Halal yang terkini ada dipamerkan
Bahan Mentah, Produk, Proses, Fasiliti
-
2. Senarai bahan mentah yang dibeli dan digunakan adalah diiktiraf Halal oleh JAKIM
-
3. Sampel bahan mentah yang dibeli (telah/ belum diluluskan oleh pengurusan) adalah diiktiraf Halal oleh JAKIM (ada sijil Halal yang diiktiraf)
-
4. Bahan mentah yang diterima masuk akan diperiksa terlebih dahulu oleh pekerja stor mengikut prosedur yang telah ditetapkan
-
5. Kawalan suhu yang betul di tempat penyimpanan bahan mentah mengikut jenis produk yang disimpan
-
6. Mempunyai semua rekod bahan kering/ bahan mentah/ bahan kimia
-
7. Semua produk yang dibungkus adalah Halal dan tidak bercampur/ dicemari dengan bahan-bahan yang tidak Halal
-
8. Semua produk siap mempunyai logo halal JAKIM yang sah
-
9. Memastikan sijil Halal yang dipamerkan di premis adalah masih sah tempoh
-
10. Tiada apa-apa barangan/ makanan/ minuman tidak Halal yang diletakkan di kawasan pemprosesan
-
11. Makanan/ minuman tidak dibenarkan dibawa ke dalam kawasan pemprosesan
-
12. Bahan/ produk diletakkan atau disimpan dengan baik (20 cm dari lantai, 15 cm dari dinding)
-
13. Penggunaan bahan kimia bukan makanan dilabel dan disimpan dengan baik serta jauh daripada produk makanan
-
14. Mempunyai ‘chemical control list’ & SDS yang terkini
-
15. Kemudahan sanitasi adalah baik. Sinki mencuci tangan disediakan dengan kemudahan sabun atau bahan cuci cecair dan air mengalir secukupnya. Alat pengering tangan juga disediakan dan berkeadaan baik dan bersih
-
16. Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan dalam bentuk poster dan sebagainya<br>
-
17. Tempat penyimpanan alatan pembersihan dan mencuci disediakan
-
18. Peralatan yang digunakan mestilah suci dan bersih
-
19. Tiada penggunaan berus/ alatan diperbuat daripada bulu haiwan
-
20. Kesemua alat pengukur termasuk pengukur masa, suhu dan berat perlu dikalibrasi mengikut keperluan
-
21. Bilangan lampu dan pencahayaan adalah mencukupi
-
22. Permukaan lantai bersih dan berkeadaan baik dan air tidak bertakung
-
23. Mempunyai jadual pembersihan, kekerapan pembersihan, jenis bahan pencuci dsb.
-
24. Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu mesti bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran
-
25. Peralatan, perkakas mesin dan bahan bantuan pemprosesan yang pernah digunakan atau bersentuhan dengan najis mughallazah hendaklah disertu. Prosedur sertu mesti diketahui oleh komiti
-
26. Terdapat kaedah mengenalpasti atau mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya berlaku aktiviti perlanggaran
-
27. Mempunyai prosedur kebolehkesanan (traceability) yang didokumenkan
-
28. Boleh mengenalpasti semua bahan mentah/ bahan pembungkus
-
29. Boleh mengenalpasti semua produk siap yang dihantar keluar kilang
Kenderaan
-
30. Kenderaan pengangkut bahan mentah berkeadaan bersih dan tidak membawa sebarang produk tidak Halal
-
31. Memastikan kenderaan pengangkut yang membawa produk sejuk/ sejukbeku adalah dalam suhu yang bersesuaian dan direkodkan
-
32. Prosedur pemeriksaan kenderaan pengangkut diketahui oleh pekerja
-
33. Tiada barangan yang tidak Halal/ dicurigai dalam kenderaan
-
34. Produk tidak bercampur dengan bahan yang merbahaya
-
35. Berkeadaan baik, dikawal dan diverifikasi
-
36. Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah pencucian / kekerapan dan tanggungjawab bagi kenderaan
-
37. Tiada tanda-tanda infestasi dalam kenderaan
Loading bay
-
38. Bersih dan berkeadaan baik. Permukaan lantai bersih dan berkeadaan baik dan air tidak bertakung
-
39. Palet yang digunakan berkeadaan baik dan bersih
-
40. Palet jenis kayu dilapik dengan baik
-
41. Tiada bahan/ produk diletakkan di atas lantai
-
42. Pemunggahan dilakukan di tempat yang ditetapkan
-
43. Terdapat tong sampah di kawasan ini dan diselenggara dengan baik
Gudang
-
44. Bangunan dalam keadaan baik, bersih dan tersusun
-
45. Pintu ditutup ketika tiada loading
-
46. Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk yang disimpan
-
47. Lantai dalam keadaan baik dan bersih. Tidak terdapat bahagian yang basah atau air yang bertakung
-
48. Produk diletakkan mestilah melebihi 15 cm dari dinding dan 20 cm dari lantai
-
49. Tiada alat penyembahan di dalam kawasan gudang
-
50. Produk yang disimpan terdapat dalam senarai produk yang telah diluluskan
-
51. Barang disusun bagi memudahkan aktiviti pembersihan
-
52. Produk dalam keadaan baik dan tidak rosak pembungkusannya
-
53. Terdapat pengasingan produk antara bahan makanan, bahan kimia dan bahan bukan makanan
-
54. Produk siap yang diterima masuk/ dihantar ke luar akan diperiksa terlebih dahulu oleh pekerja stor mengikut prosedur yang telah ditetapkan
Kawalan Makhluk Perosak
-
55. Tiada penggunaan racun di kawasan pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak
-
56. Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak
-
57. Kawalan makhluk perosak dijalankan dengan berkesan
-
58. Tiada tanda kehadiran makhluk perosak
Pekerja
-
59. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang penyelia Muslim dan seorang pekerja Muslim di kawasan pemprosesan
-
60. Semua pekerja telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan telah mendapat vaksinasi anti tifoid
-
61. Semua pengendali makanan telah menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan
-
62. Konsep asas halal dan haram difahami. Latihan berkaitan ada diberikan
-
63. Mengetahui dan mengamalkan cara-cara mencuci tangan yang betul dan kekerapan mencuci tangan
-
64. Tidak merokok/ meludah/ batuk/ bersin dan melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan makanan
-
65. Pakaian pelindung/ apron tidak dibawa ke dalam tandas
-
66. Memakai pakaian pelindung/ apron yang lengkap dengan penutup kepala penutup rambut, penutup mulut, sarung tangan (jika perlu) dan kasut yang bertutup
-
67. Tidak memakai barang kemas dan aksesori
-
68. Tiada luka/ kudis terbuka dan dirawat dengan baik
-
69. Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan diri pengendali makanan