Title Page

  • Cawangan

  • Yang Bertugas

  • Masa dan tarikh

BAHAGIAN HADAPAN KEDAI

  • Bahagian Koridor bersih.

  • Papan tanda bersih (Logo A1).

  • Papan tanda berfungsi dengan baik. (Logo A1)

  • Kunci kedai dalam keadaan yang baik.

KAWASAN PENYAJIAN MAKANAN

  • Suhu makanan yang disajikan sesuai mengikut jenis makanan. ( Contohnya: suhu makanan panas - 60c dan keatas )

  • Kain pengelap, alas dan peralatan memotong dalam keadaan bersih dan digunakan secara berasingan mengikut jenis kerja.

  • Meja dan kerusi bersih dan selamat digunakan.

  • Peralatan memasak yang digunakan untuk penyajian makanan dalam keadaan yang bersih. (Tidak sumbing, retak atau berkarat)

PERKHIDMATAN

  • Pekerja menyambut pelanggan dengan sapaan selamat pagi/ tengahari/ petang.

  • Pekerja membimbing pelanggan untuk membuat pesanan.

  • Maklum balas pelanggan dengan perkhidmatan dan kualiti makanan A1 Chicken Rice.

ETIKA PENGENDALI MAKANAN

  • Semua pekerja sudah mendapatkan suntikan pelalian (Anti-tifiod)

  • Para pekerja memakai pakaian yang bersih dan seragam syarikat seperti yang ditetapkan.

  • Pekerja berkuku pendek, bersih dan tidak memakai perhiasan diri.

  • Pekerja memakai pelitup muka dan tidak merokok semasa berkerja.

  • Pekerja memakai kasut bertutup penuh sewaktu bekerja. (Bukan selipar)

  • Rambut pekerja lelaki haruslah dalam keadaan pendek dan kemas dan pekerja perempuan harus diikat kemas.

  • Pekerja tidak mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan pencemaran makanan. (Contohnya: Batuk , luka dan berkudis)

KAUNTER DAN ITEM PAPARAN

  • Menu lengkap dipaparkan.

  • Promosi dipaparkan dengan baik.

  • Television dihidupkan dengan iklan syarikat.

  • Lampu kedai berfungsi dengan baik.

KABINET PENYEJUK BEKU (CHILLER)

  • Suhu peti sejuk adalah antara (0c-5c darjah)

  • Peti sejuk dalam keadaan yang bersih dan tersusun mengikut panduan keselamatan makanan.

  • Peti sejuk digunakan hanya untuk menyimpan produck syarikat yang dibenarkan sahaja. (Yang halal)

  • Tidak ada makanan basi disimpan didalam peti sejuk.

  • Makanan yang telah dimasak disimpan secara berasingan dengan makanan mentah.

  • Makanan yang disimpan didalam peti sejuk adalah dalam keadaan bertutup.

  • Susun atur makanan di dalam peti sejuk disimpan mengikut garis panduan keselamatan dan kesesuaian jenis makanan.

MESIN PENAPIS AIR

  • Penapis air ditukar setiap jangka masa yang ditetapkan (3 bulan sekali).

PENAPIS MINYAK (GREASE TRAP)

  • Penapis minyak dalam keadaan yang bersih dan tidak tersumbat.

JURUWANG

  • 1. Wang kecil (modal) mencukupi.

  • 2. Internet berfungsi dengan baik.

  • 3. Aplikasi penghantaran (GF/FP) sentiasa disambungkan dan berfungsi dengan baik.

KEMUDAHAN SANITASI

  • Tandas dalam keadaan yang bersih dan bebas dari bau yang tidak menyenangkan.

  • Pam tandas, mangkuk tandas dan paip berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.

  • Kedudukan pintu tandas tidak menghala terus ke kawasan penyediaan makanan.

  • Bekalan air mencukupi.

  • Premis menyediakan sabun untuk mencuci tangan.

  • Kebersihan luar tandas.

  • Susun atur peralatan dapur.

SISTEM BEKALAN AIR

  • Sumber bekalan air yang digunakan adalah selamat, bersih dan mencukupi.

  • Penggunaan sumber air diambil terus dari paip dan tidak menggunakan paip getah.

  • Tidak ada kebocoran paip di premis.

STRUKTUR DAN PENYELENGGARAAN PREMIS

  • Keadaan lantai tidak licin dan mudah dibersihkan.

  • Tidak ada air bertakung di atas permukaan lantai.

  • Siling premis bebas dari sesawang, habuk dan kulat.

  • Premis mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi.

  • Sistem peparitan premis dalam keadaan yang bersih dan sentiasa diselenggara dengan baik. (Tidak ada kerosakan)

  • Air limbah mengalir dengan sempurna dan tidak ada sisa makanan.

LAIN-LAIN (GENERIK)

  • Premis meletakkan notis pemberitahuan kebersihan, amalan keselamatan, pendidikan kesihatan dan larangan merokok.

  • Bahan makanan dan bahan kimia hendaklah disimpan secara berasingan.

KAWALAN KESELAMATAN

  • Premis dilengkapi dengan alat pemadam api dan peti pertolongan cemas yang lengkap.

BAHAGIAN BELAKANG KEDAI

  • Kawasan belakang kedai keseluruhan bersih.

  • Sampah di masukkan ke dalam tong sampah dengan baik

  • Tidak ada bekas yang yang dibiarkan sehingga menyebabkan air bertakung.

  • Tidak ada tong / bekas makanan yang tidak digunakan di letak secara merata.

The templates available in our Public Library have been created by our customers and employees to help get you started using SafetyCulture's solutions. The templates are intended to be used as hypothetical examples only and should not be used as a substitute for professional advice. You should seek your own professional advice to determine if the use of a template is permissible in your workplace or jurisdiction. You should independently determine whether the template is suitable for your circumstances.