1.0 PENGURUSAN KESELAMATAN & KESIHATAN

1.1 Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Rujukan: OSHA 94 Sec. 16)

  • Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang terkini dipaparkan kepada umum.

1.2 NADOOPOD (Rujukan: OSHA 94 NADOOPOD Regulations)

  • Penyiasatan terhadap kemalangan, penyakit perusahaan, kejadian bahaya, keracunan pekerjaan & kemalangan nyaris ada dilakukan dan direkodkan.

1.3 Perkiraan (Manual, Prosedur Kerja Selamat S.O.P & Work Permit)

  • Sistem penyimpanan rekod Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan ada dilaksanakan. (Contoh: Fail KKP Bengkel)

CATATAN (Section 1.0):

2.0 KESELAMATAN FIZIKAL

2.1 Premis dan Bangunan

Asas dan Lantai (Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 6)

  • Laluan lantai berada dalam keadaan baik, rata dan tidak licin.

  • Lantai Bekerja (termasuk di bahagian mesin) berada dalam keadaan baik, selamat dan sejauh praktikal bebas daripada benda/ material longgar serta keadaan yang licin.

Bumbung (Rujukan: FMA 67 Sec.10; BOWEC Reg. 39)

  • Rekabentuk bumbung dapat menampung berat beban.

Lantai Kerja dan Pelantar Tangga ( Rujukan: FMA 67 Sec. 10; SHW Reg. 10-11) Elemen berikut direka dengan selamat dengan mengambilkira langkah pencegahan daripada terjatuh dari tempat tinggi, risiko keruntuhan dan sejauh praktikal bebas daripada benda longgar serta keadaan licin.

  • Lantai Kerja

  • Pelantar Tangga

  • Laluan (Passageway) tidak terhalang dengan objek.

Kesediaan Menentang Kebakaran (Rujukan: FMA 67 Sec. 13; SHW Reg. 21-22)

  • Laluan kecemasan (sekiranya berlaku kebakaran) dipaparkan kepada umum.

  • Pemadam Api (Fire Extinguisher) disediakan serta diselenggara (berada dalam keadaan baik dan tidak tamat tempoh).

  • Sistem Pemadam Api (Fire Extinguishing System) berfungsi dengan baik.

  • Peti Hos Bomba dalam keadaan baik dan terkunci.

  • Simbol/ Papan Tanda "KELUAR" berfungsi.

2.2 Mesin

Sijil Perakuan (Rujukan: FMA 67 Sec.19; NCoFI Reg)

  • Sijil Perakuan (Certificate of Fitness) bagi mesin berperakuan dipaparkan dan tidak tamat tempoh.

Pemagaran Mesin (Rujukan: FMA 67 FoMS Reg. 4)

  • Setiap bahagian berbahaya mesin, penggerak utama dan jentera penghantar (transmission) dipagar.

Sistem Kerja Selamat bagi Mesin (Rujukan: OSHA 94 Sec. 15.2 (a))

  • Sistem Kerja Selamat bagi mesin dipaparkan kepada umum/ operator mesin.

2.3 Penyelenggaraan

Penyelenggaraan (Rujukan: OSHA 94 Sec. 15.2 (a); FMA 67 Sec. 40)

  • Sistem penyelenggaraan berjadual dilaksanakan serta berekod.

2.4 Keselamatan Elektrik

Peralatan Elektrik (Rujukan: FMA 67 BOWEC Reg.16, 149)

  • Peralatan elektrik berada dalam keadaan baik, ditebat dan hazard berkaitan elektrik dikawal.

CATATAN (Section 2.0):

3.0 KESIHATAN PEKERJAAN/ KEBERSIHAN

3.1 Pengurusan Bahan-Bahan Kimia

Penerimaan Bahan-Bahan Kimia (Rujukan: OSHA 94 USECHH Reg. 5; CLASS 2013 Regulations)

  • Semua bahan kimia dikenalpasti dan direkodkan dalam daftar bahan kimia.

  • Risalah Data Keselamatan (SDS/ CSDS/ MSDS) bagi bahan kimia diterima dari pembekal.

Penggunaan Bahan-Bahan Kimia (Rujukan : OSHA 94 Reg. 6)

  • Bahan kimia disusun dan ditempatkan dengan selamat.

Penstoran Bahan-Bahan (Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 15; BOWEC Reg. 21)

  • Penstoran bahan kimia adalah berasingan dan disimpan dengan selamat.

Pembuangan Sisa Bahan-Bahan & Bahan Buangan (Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 23; BOWEC Reg. 22, Reg. 123)

  • Sisa bahan-bahan disimpan dengan selamat (tidak menjadi hazard) di tempat khas sebelum dilupuskan.
    Nota: Ambil perhatian sekiranya kawasan sisa bahan-bahan berpotensi menjadi tempat penularan vektor, menghalang laluan dsb)

3.2 Penilaian Tempat Kerja

Penilaian Pencahayaan Tempat Kerja (Rujukan: FMA 67 Sec. 22 (e); SHW Reg. 29; BOWEC Reg. 20)

  • Pencahayaan tempat kerja termasuk laluan adalah ditafsirkan mencukupi.

Penilaian Suhu Tempat Kerja (Rujukan: FMA 67 Sec. 22(d); SHW Reg. 28)

  • Sistem pengudaraan di tempat kerja mecukupi.
    Nota: Sistem Pengudaraan merangkumi Local Exhaust Ventilation, Air-conditioning System dsb)

  • Suhu di tempat kerja adalah ditafsirkan sesuai dan selesa.

3.3 Penyediaan Personal Protective Equipment (P.P.E)

Pembekalan & Pengrekodan (Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 32; BOWEC Reg. 13-15, 24)

  • P.P.E dibekalkan dan direkodkan.

Pematuhan Pemakaian (Rujukan: OSHA 94 Sec. 15 (2e))

  • Pematuhan pakaian dan tanda amaran. (Semasa pemeriksaan dilakukan)

CATATAN (Section 3.0):

4.0 KEBAJIKAN

Peti Pertolongan Cemas & Pegawai Kecemasan (Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 38)

  • Peti Pertolongan Cemas disediakan dan diselenggara.

  • Daftar Nombor Kecemasan & Maklumat Pegawai Kecemasan dipaparkan.

Kemudahan Tandas (Rujukan: FMA 67 Sec. 22 (f); SHW Reg. 37)

  • Kemudahan tandas berlainan jantina disediakan.

  • Tandas diselenggara dan ditafsirkan selesa sesuai dengan nisbah penggunaan.

Kemudahan Tempat Makan & Minum (Jika Berkaitan/ Perlu) Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 34 - 36)

  • Kemudahan air minuman bersih disediakan dan diselenggara.

  • Kemudahan sinki (washing facilities) disediakan dan diselenggara.

Kemudahan Tempat Rehat Pekerja/ Pensyarah (Jika Berkaitan/ Perlu) Rujukan: FMA 67 SHW Reg. 30, 31, 33)

  • Kemudahan tempat berehat pekerja disediakan dan adalah ditafsirkan selesa.

CATATAN (Section 4.0):

5.0 PENYIMPANAN BAHAN & PENGELUARAN

Pengurusan Penyimpanan Barang-Barang/ Bahan-Bahan (Rujukan: FMA 67 Sec. 10 (f); BOWEC Reg. 21, 119-122)

  • Barang-barang disusun dengan stabil dan mengambilkira langkah pencegahan daripada jatuh atau support system roboh.

  • Barang-barang yang disusun tidak menghalang laluan, sistem pengudaraan dan pencahayaan.

CATATAN (Section 5.0):

6.0 Laporan Identifikasi Hazard

6.1 Laporan Identifikasi Hazard

  • Nyatakan/ Senaraikan hazard yang boleh menyebabkan kemalangan.

  • Add media

7.0 PENGESAHAN PEMERIKSAAN

Sila lengkapkan bahagian Pengesahan Pemeriksaan berikut:

Pengesahan Pegawai Pemeriksa

  • Pengesahan Pegawai Pemeriksa:

  • Tarikh & Masa:

  • Pengesahan Pegawai Pemeriksa (Tambahan):

  • Tarikh & Masa:

Pengesahan Ketua Bahagian/ Penyelia/ Wakil Bahagian

  • Pengesahan Ketua Bahagian/ Penyelia/ Wakil Bahagian:

  • Tarikh & Masa:

Pengesahan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Institut

  • Pengesahan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Institut:

  • Tarikh & Masa:

The templates available in our Public Library have been created by our customers and employees to help get you started using SafetyCulture's solutions. The templates are intended to be used as hypothetical examples only and should not be used as a substitute for professional advice. You should seek your own professional advice to determine if the use of a template is permissible in your workplace or jurisdiction. Any ratings or scores displayed in our Public Library have not been verified by SafetyCulture for accuracy. Users of our platform may provide a rating or score that is incorrect or misleading. You should independently determine whether the template is suitable for your circumstances. You can use our Public Library to search based on criteria such as industry and subject matter. Search results are based on their relevance to your search and other criteria. We may feature checklists based on subject matters we think may be of interest to our customers.